Tanda Lahir Bentuk Love di Dahi Bayi Ini Menarik Perhatian Ramai. Comel !
Siapa yang ada tanda lahir pada anggota badan? Macam mana bentuk tanda lahir tu?
Bagi pasangan Murat Engin, 30, dan isterinya, Ceyda, 28, tidak percaya bila bayi mereka yang diberi nama Cinar itu mempunyai tanda lahir berbentuk love di dahinya.
Disebabkan tanda itu, ramai yang mengambil kesempatan untuk selfie bersama bayi tersebut dan hingga kini beliau mempunyai ramai peminat sendiri.
“Kami sayang dia dan tanda lahirnya. Selepas jururawat membersihkan Cinar yang baru dilahirkan, sayalah orang pertama yang ternampak tanda lahir itu di dahinya. Saya benar-benar terkejut, bila diperhatikan secara dekat, ia tanda lahir berbentuk hati.
“Bila ibunya melihat tanda lahir itu, dia mula menangis. Ia benar-benar anugerah dari Tuhan. Tiada seorang pun yang berprasangka negatif,” kata Murat.
Oleh Syazwan Aizad. Sumber Daily Mail. www.sajakongsi.com
0 comments:
Catat Ulasan