Our social:

6 Barang Yang Kita Patut Cuci Setiap Hari, Tapi Kita Tak Buat

Ada beberapa jenis barang yang kita guna setiap hari dan kita perlu cuci setiap hari. Malangnya, kita selalu ambil mudah dan ada yang kita tak pernah cuci langsung! Kat bawah ni ada 6 barang yang kita guna selalu dan patut cuci setiap hari. 
1. Tuala tangan kat dapur ni lah semua guna untuk lap tangan lepas cuci kan. Bayangkan berapa banyak lah bakteria kat situ. Cuci lah setiap hari kalau keluarga anda besar, atau mungkin beberapa hari sekali. 
2. Kunci. Rasanya tak ada siapa pun yang cuci kunci kereta, kunci rumah dan sebagainya kan? Apa kata lepasni cuci guna tisu antiseptik 
3. Span basuh pinggan kita guna untuk mencuci pinggan. Tapi kita tak sedar yang span ni juga perlu dicuci. Kadang-kadang tu dah sampai berlendir dan berbau. Geli nak cuci pinggan guna span tu balik!
4. Sinki ni ramai yang tahu kena cuci tapi tak ramai yang rajin nak cuci kan? Hihi
5. Cutting board ni kita gunakan untuk potong pelbagai jenis bahan. Kering ke basah ke tetap kena cuci sebersihnya! 
6. Berus make up. Ada perempuan yang tak pernah langsung basuh berus make up. Eeeee, gelinya! Cuci selalu tauuuu sebab kulit muka kita tu kotor!

sumber : erafm

0 comments:

Catat Ulasan