Our social:

Kerana Song Ji Hyo, Running Man Dikritik Netizen

Netizen mengkritik program Running Man dalam episod terbaru selepas rancangan berkenaan memaparkan Song Ji Hyo dipaksa menyentuh serangga dalam sebuah kotak misteri yang disediakan.
Ji Hyo terpaksa menyentuh serangga tersebut sebagai hukuman kerana tidak dapat menyelesaikan misi yang diberikan untuk episod tersebut. Ji Hyo yang dilihat ketakutan itu merayu kepada Ha Ha untuk menyelamatkan dirinya.

Dalam keadaan yang mencemaskan, Ji Hyo segera menarik tangannya dari kotak misteri dan berlari sehingga terjatuh.
Rata-rata Netizen meluahkan rasa marah mereka dan mendakwa pihak produksi tidak peka terhadap keselamatan Ji Hyo yang mempunyai masalah fobia terhadap serangga.
Netizen juga menyatakan pihak produksi running man sudah kekeringan idea untuk menjadikan Running Man lebih menarik seperti musim dahulu. Malah, ada Netizen meminta pihak produksi Running Man melantik semula produser sebelum ini untuk mengetuai Running Man.

Sumber dari Astro Gempak dan Korean Top News, erafm

0 comments:

Catat Ulasan